Lesson 1 of 4
In Progress

Syarat Penyertaan

a) Terbuka kepada semua kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun. Yuran pendaftaran adalah PERCUMA.

b) Untuk penyertaan dari sekolah, terdapat 2 kategori, individu atau berkumpulan. Jumlah peserta bagi kategori berkumpulan ialah 4 orang.

c) Peserta perlu mendapatkan persetujuan dan keizinan dari penjaga dan pihak sekolah bagi menyertai pertandingan ini. (bagi penyertaan daripada sekolah).

d) Setiap peserta perlu menyertai Kursus Asas Drone yang disediakan oleh EXPLORIA secara online atau fizikal. Kursus itu adalah PERCUMA dan boleh diakses di pautan exploria.tv/drone

e) Pertandingan yang dijalankan adalah secara dalam talian (online) SEPENUHNYA.

f) Penyertaan perlu menggunakan kit dron EXPLORIA.

g) Tarikh-tarikh penting :

i. Tarikh tutup pendaftaran : 18 November 2022
ii. Tarikh Akhir Penghantaran Video Pertandingan : 25 November 2022
iii. Tarikh Pengumuman Pemenang : 1 Disember 2022

h) Cara penghantaran video pertandingan :

i. Video perlu dimuat naik di website rasmi Exploria TV di pautan exploria.tv/videodrone
ii. Video pertandingan perlu di muat naik di Facebook menggunakan hashtags #JomTry dan #EXPLORIAJuniorDroneCompetition2022

i) Sijil penyertaan digital akan disediakan kepada semua peserta.