Lesson 2 of 4
In Progress

Format Pertandingan

  1. Setiap penyertaan perlu menghantar satu (1) video berdurasi tidak melebihi 5 minit. 
  2. Rakaman video mestilah mempunyai kualiti visual dan audio yang baik dan jelas.
  3. Garis panduan pengisian video tersebut adalah seperti berikut:
  • Pembentangan mengenai apa yang telah pelajari mengenai drone.
  • Pembinaan trek halangan drone mengikut kreativiti masing-masing 
  • Menerbangkan dron melepasi trek halangan
  1. Setiap hasil video mestilah di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan merupakan hasil kerja asli peserta.
  2. Karya yang di plagiat tidak akan diterima dan penyertaan peserta akan terbatal dengan sendirinya.
  3. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan. 
  4. Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut:
  • Kreativiti Pembinaan Trek Halangan: 30
  • Cara Penyampaian dan Persembahan : 20
  • Isi Kandungan Penyampaian: 20
  • Kemahiran Menerbangkan Drone Melepasi Halangan: 30

i) Keputusan hakim adalah muktamad.

TUNTUTAN HAK CIPTA

Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan, mengedarkan, menyuntingkan dan menayangkan mana-mana hasil karya yang menang atau tidak di laman web, pameran, media sosial atau di laman media yang lain.

TANGGUNGAN

a) Segala perbelanjaan dan kelengkapan peralatan seperti telefon pintar, komputer riba, talian internet, lain-lain yang berkaitan dengan penyertaan pertandingan adalah atas tanggungan pihak sekolah dan peserta sendiri.

b) Pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kecederaan, kemalangan atau kehilangan harta benda sepanjang tempoh pertandingan.